Jumaat, 27 Mei 2016

Kesan Memakan Chia Seed

Apa hasilnya setelah memakan Chia Seed? 

1.   Rasa jauh lebih bertenaga untuk menjalankan tugas-tugas kita seharian. Ini disebabkan vitamin dan nutrien mencukupi di dalam badan kita. Juga disebabkan ia bersifat antioksida, Sifat anti-oksida itu melindungi sel-sel dalam badan daripda dirosakkan oleh radikal bebas. 

2.   Rasa kenyang sepanjang hari, jadi bolehlah kawal kuantiti nasi yang kita ambil semasa makan tengahari   dan malam. Sesuailah dengan kata-kata " Lose Weigth Without Starving ". Ini kerana apabila kita makan 'chia seeds' ni  , ia kembang di dalam perut menjadikan perut kita penuh dan terasa kenyang .

3.   Boleh menyelesaikan masalah sembelit dengan sangat berkesan. Sekaligus menyingkirkan toksin dari dalam badan.

4.   Yang bestnya, pengambilannya membolehkan kita mengawal emosi dan mood kita yang kadang-kadang tidak stabil. Jadi kita boleh menghadapi kehidupan harian kita dengan lebih selesa dan ceria walaupun berdepan dengan macam-macam benda. Yang ni macam subjektif sikit kan? 

5.   Boleh membantu sesiapa yang ada sakit-sakit sendi. Kandungan kalsium 5 kali lebih tinggi dari susu. Memang sesuai untuk lindungi tulang kita daripada masalah kerapuhan tulang.

6.   Membantu mengawal paras gula, jadi sesuai sangat untuk pesakit kencing manis. Dalam erti kata sains chia seeds ni boleh memperlahankan proses pertukaran karbohidrat kepada gula di dalam badan.


7.   Mengelak anda daripada dihidrasi iaitu kekurangan air di dalam badan. Tapi anda tetap kena minum air secukupnya. 



Kredit to:Nilamsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan