Selasa, 17 Mei 2016

Beza Chia Seed dan Selasih.

Beza Chia Seed vs Selasih 

Ramai yang masih keliru di antara 'Chia Seed' dengan 'Biji Selasih' (Basil Seed). Ramai yang menganggap dua bijirin ini sama. Sebenarnya ia berbeza.  Memanglah 'chia seeds' kelihatan seakan-akan 'biji selasih'  apabila ia kembang di dalam air, tetapi kedua-duanya bukan benda yang sama. Jom baca sampai habis :)





Chia Seed
                                                                


Selasih (basil seed)







Chia seed merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak kelebihan iaitu kaya dengan protein, kalsium, serat, anti-oksida, vitamin, dan Omega 3 dan 6. Hanya dengan mengambil 1-2 sudu besar sehari (maksimum 30gram sehari) dah cukup untuk keperluan harian, tak perlu berlebihan. Yang penting ia adalah bijian semulajadi yang tidak melalui apa-apa proses.

Perbezaan Chia Seed dan Selasih.

1. Asal - Chia Seed berasal daripada negara Amerika Tengah seperti Mexico, Bolivia dan Guetamala.
Sedangkan Selasih daripada India dan negara-negara Mediterranean.

2. Cara makan juga berbeza. Chia seed boleh dimakan tanpa di rendam atau dengan direndam. Sedangkan Selasih mesti di rendam dahulu. Kerana itu Chia Seed mempunyai pelbagai menu yang direka terutama oleh pengamal-pengamal fitness dari seluruh dunia.
Overnight oat, puding bahkan ada yang nuat kek!

3. Rupa. Selasih, kecil dan hitam
Chia seed lebih besar sedikit dari selasih, berbentuk bujur dan berwarna putih, hitam dan kelabu. ketiga-tiga mempunyai khasiat yang sama sahaja, tiada beza.

4.Nutrisi. Chia Seed jauh lebih berkhasiat. Kerana itulah Chia Seed digelar super food. Ia kaya dengan protein, kalsium, omega 3 dan 6, serat, vitamin dan lain-lain.

5. Kebaikan / khasiat : Chia Seed jauh lebih berkhasiat. Ia membantu menurunkan kolesterol, sesuai untuk pesakit diabetic dan lain-lain.

5. Harga. Harga Chia Seed jauh lebih mahal daripada selasih. Chia Seed kami di bawa dari  Bolivia. Sedangkan selasih, boleh didapati dengan mudah dimana-mana.








Rupa Chia Seed sebelum kembang




Pokok Chia Seed





Mana nak dapatkan Chia Seed?

w.a Kak Long : 0122459477
Sebotol hanya 28.00 (postage 7.00 semenanjung/ 10.00 sabah/sarawak)




3 ulasan: