Jumaat, 27 Mei 2016

Kesan Memakan Chia Seed

Apa hasilnya setelah memakan Chia Seed? 

1.   Rasa jauh lebih bertenaga untuk menjalankan tugas-tugas kita seharian. Ini disebabkan vitamin dan nutrien mencukupi di dalam badan kita. Juga disebabkan ia bersifat antioksida, Sifat anti-oksida itu melindungi sel-sel dalam badan daripda dirosakkan oleh radikal bebas. 

2.   Rasa kenyang sepanjang hari, jadi bolehlah kawal kuantiti nasi yang kita ambil semasa makan tengahari   dan malam. Sesuailah dengan kata-kata " Lose Weigth Without Starving ". Ini kerana apabila kita makan 'chia seeds' ni  , ia kembang di dalam perut menjadikan perut kita penuh dan terasa kenyang .

3.   Boleh menyelesaikan masalah sembelit dengan sangat berkesan. Sekaligus menyingkirkan toksin dari dalam badan.

4.   Yang bestnya, pengambilannya membolehkan kita mengawal emosi dan mood kita yang kadang-kadang tidak stabil. Jadi kita boleh menghadapi kehidupan harian kita dengan lebih selesa dan ceria walaupun berdepan dengan macam-macam benda. Yang ni macam subjektif sikit kan? 

5.   Boleh membantu sesiapa yang ada sakit-sakit sendi. Kandungan kalsium 5 kali lebih tinggi dari susu. Memang sesuai untuk lindungi tulang kita daripada masalah kerapuhan tulang.

6.   Membantu mengawal paras gula, jadi sesuai sangat untuk pesakit kencing manis. Dalam erti kata sains chia seeds ni boleh memperlahankan proses pertukaran karbohidrat kepada gula di dalam badan.


7.   Mengelak anda daripada dihidrasi iaitu kekurangan air di dalam badan. Tapi anda tetap kena minum air secukupnya. 



Kredit to:Nilamsari

Selasa, 17 Mei 2016

7 KEBAIKAN CHIA SEED, YANG KE-5 PALING MENARIK!

Ramai juga yang tersalah anggap bahawa Chia Seed itu sama sahaja seperti Basil Seed (Selasih). Hakikatnya kedua-dua jenis bijirin ini jauh berbeza daripada segi kandungan khasiat. Chia Seed mempunyai kelebihan yang pelbagai. Maka tidak hairanlah ia digelar SUPER FOOD.

1. Menambah tenaga
Rendam Chia Seed 1 sudu besar ke dalam 1000ml air biasa dan biarkan selama 15 minit dan nikmati dari pagi sehingga tengah hari contohnya. Ia membekalkan tenaga sepanjang hari. Minuman Chia Seed di gelar energy drink sejak sekian lama. Bayangkan minuman dingin yang mempunyai chia seed. Bukan sahaja melegakan tekak namun penuh khasiat. Sehari satu sudu besar sudah mencukupi untuk support tenaga yyang diperlukan.

2. Sesuai untuk pesakit kencing manis.
Kajian menunjukkan Chia Seed sesuai diambil oleh sesiapa sahaja termasuk pesakit kencingmanis. Ia melambatkan 

3. Menguatkan tulang
Menurut kajian Chia Seed mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding produk tenusu. Bukan sahaja kalsium, Chia Seed kaya dengan phosphorus, mangan dan protein yang penting untuk kekuatan tulang, gigi dan akar rambut.
Adakah anda menghadapi masalah rambut gugur. Cuba amalkan minuman chia seed selama 2 minggu dan lihat kesannya.

4.Membantu menurunkan kolesterol.
Chia Seed kaya dengan fatty acid omega 3 dan 6, serat dan protein. Kombinasi ini membantu menurunkan kolestrol tidak baik (LDL) dan meningkatkan HDL.

5. Menolong Mengurangkan Berat Badan
Chia seed yang sememangnya kaya dengan serat (fiber) yang mengenyangkan. Disamping ia membantu melancarkan sistem penghadaman. Ia membantu menyingkirkan toxin dalam badan

6. Kaya Protein
Chia Seed juga mengandungi protein yang tinggi. Oleh kerana kandungan protein yang tinggi maka chia seed bagus untuk mereka yang sedang menjalani program diet tertentu.

7. Kaya antioksida
Antioksida membaiki sel yang rosak dalam badan, melindungi sel-sel itu dari binasa, melambatkan proses penuaan dan seterusnya membantu mengurangkan risiko kanser.
Minuman dengan Chia Seeds sangat mudah disediakan. Paling mudah rendam sahaja di dalam air. Sesuai dicampur bersama infuse water. Sesuai di tabur di dalam salad, roti, sayur ataupun di buat puding.

SEHARI SATU SUDU CHIA SEED UNTUK MELENGKAPKAN NUTRISI HARIAN ANDA

Whatsapp: 012-245 9477
HARGA : RM28.00 (berat bersih ±250gram)
postage 7.00 (semenanjung) 10.00 (sabah/sarawak)

FOLLOW KAMI DI INSTA organic_chiaseeds

Beza Chia Seed dan Selasih.

Beza Chia Seed vs Selasih 

Ramai yang masih keliru di antara 'Chia Seed' dengan 'Biji Selasih' (Basil Seed). Ramai yang menganggap dua bijirin ini sama. Sebenarnya ia berbeza.  Memanglah 'chia seeds' kelihatan seakan-akan 'biji selasih'  apabila ia kembang di dalam air, tetapi kedua-duanya bukan benda yang sama. Jom baca sampai habis :)





Chia Seed
                                                                


Selasih (basil seed)







Chia seed merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak kelebihan iaitu kaya dengan protein, kalsium, serat, anti-oksida, vitamin, dan Omega 3 dan 6. Hanya dengan mengambil 1-2 sudu besar sehari (maksimum 30gram sehari) dah cukup untuk keperluan harian, tak perlu berlebihan. Yang penting ia adalah bijian semulajadi yang tidak melalui apa-apa proses.

Perbezaan Chia Seed dan Selasih.

1. Asal - Chia Seed berasal daripada negara Amerika Tengah seperti Mexico, Bolivia dan Guetamala.
Sedangkan Selasih daripada India dan negara-negara Mediterranean.

2. Cara makan juga berbeza. Chia seed boleh dimakan tanpa di rendam atau dengan direndam. Sedangkan Selasih mesti di rendam dahulu. Kerana itu Chia Seed mempunyai pelbagai menu yang direka terutama oleh pengamal-pengamal fitness dari seluruh dunia.
Overnight oat, puding bahkan ada yang nuat kek!

3. Rupa. Selasih, kecil dan hitam
Chia seed lebih besar sedikit dari selasih, berbentuk bujur dan berwarna putih, hitam dan kelabu. ketiga-tiga mempunyai khasiat yang sama sahaja, tiada beza.

4.Nutrisi. Chia Seed jauh lebih berkhasiat. Kerana itulah Chia Seed digelar super food. Ia kaya dengan protein, kalsium, omega 3 dan 6, serat, vitamin dan lain-lain.

5. Kebaikan / khasiat : Chia Seed jauh lebih berkhasiat. Ia membantu menurunkan kolesterol, sesuai untuk pesakit diabetic dan lain-lain.

5. Harga. Harga Chia Seed jauh lebih mahal daripada selasih. Chia Seed kami di bawa dari  Bolivia. Sedangkan selasih, boleh didapati dengan mudah dimana-mana.








Rupa Chia Seed sebelum kembang




Pokok Chia Seed





Mana nak dapatkan Chia Seed?

w.a Kak Long : 0122459477
Sebotol hanya 28.00 (postage 7.00 semenanjung/ 10.00 sabah/sarawak)




Chia Seed By Herbal Hut

Assalamualaikum. Akhirnya Kak Long kembali berblog semula huhu. Well kali ni tujuan berblog berbeza dari zaman dulu-dulu. Kak Long cuma nak memperkenalkan produk terbaru Kak Long yang terbaru iaitu Chia Seed By Herbal Hut.

Kenapa jenama Herbal Hut? Sedikit falsafah disebaliknya.

Hurm, sebenarnya idea beri jenama Herbal Hut tu timbul secara spontan sahaja sekitar 2 tahun lepas. Bukan baru hari ini. Produk pertama Herbal Hut ialah minyak argan. Waktu itu Kak Long sedang berimajinasi yang Kak Long mempunyai sebuah "hut" atau pondok atau gazebo, atau apa-apalah yang sewaktu dengannya. Dan dalam "hut" tu Kak Long duduk menjual barang-barang berkhasiat, herba, makanan yang baik dan sebagainya kepada pengguna seperti zaman dulu-dulu. Lebih kurang macam gambar "hut" di bawah ni.

Macam old timer jer imajinasi Kak Long kan ? hehe...






TENTANG PRODUK CHIA SEED BY HERBAL HUT

Ini lah  Chia Seed By Herbal Hut. Produk Chia Seed berkualiti premium.
Hanya 28.00 Sebotol (tidak termasuk postage).

Untuk membeli boleh whatsapp Kak Long 012-2459477


g